Di acara Oppo Inno Day yang sedang sedang berlangsung di Shenzen hari ini, Oppo telah melancarkan kaca mata realiti terimbuh pertama mereka. Oppo AR Glass mempunyai rekaan yang mirip Microsoft Holo Lens 2. Spesifikasi peranti realiti terimbuh ini masih lagi belum diketahui tetapi mungkin menggunakan cip Snapdragon XR2 yang baru sahaja dilancarkan kerana Oppo ada menyebut mengenai realiti terimbuh ketika dijemput berucap pada acara Snapdragon Summit 2019 minggu lalu.
Oppo AR Glass mempunyai rekaan seperti gegelung yang diletakkan di atas kepala dan bukan kaca mata bertangkai seperti Snap Spectacles. Objek 3D akan dipantulkan pada skrin yang terletak di hadapan mata pemakai bagi memberikan ilusi ia wujud di dunia sebenar. Beberapa demo yang diperlihatkan memberikan kebebasan pengguna bergerak secara 6 DOF.
Our very first on-stage demo of #OPPOARGlass at OPPO INNO DAY 2019! #CreateBeyondBoundaries 🤯 pic.twitter.com/v9N5PPEdOy
— OPPO (@oppo) December 10, 2019
Beberapa kamera turut kelihatan pada bingkai luaran Oppo AR Glass. Ini membolehkan ia mengesan kedudukan pemakai di dalam dunia sebenar dan mengenal gesture dari pergerakan jari. Dengan Oppo AR Glasses, pengguna boleh menikmati kandungan seperti permainan dan perkhidmatan di dalam dunia realiti terimbuh.