Carian
Pengiklanan Di Facebook Akan Tertakluk Dengan Caj SST 6% Bermula 1 Januari 2020
December 11, 2019 Aman

Selain pengumuman pihak Adobe, kini Facebook turut telah mengumumkan yang mana pengiklanan di Facebook akan tertakluk kepada caj cukai SST sebanyak 6%.

Facebook mengatakan caj ini akan dikenakan kepada para peniaga dengan alamat di Malaysia. Caj SST 6% ini akan dikenakan pada caj akhir bil para pengiklan.

Sebagai contoh, sekiranya RM100 digunakan untuk pengiklanan, tambahan caj RM6 akan dikenakan untuk cukai perkhidmatan, sekaligus menjadikan caj keseluruhan adalah RM106.

Beberapa penyedia perkhidmatan digital yang lain turut dijangka akan melakukan perkara sama menjelang awal tahun 2020 ini.

Komen