Dengan kad Touch n’ Go, pembayaran tol dan tempat letak kereta boleh dilakukan secara nirtunai. Di Lembah Klang adalah hampir mustahil untuk tidak memandu tanpa menggunakan kad Touch n’ Go kerana ia diperlukan pada kesemua plaza tol. Waze kini menunjukkan lokasi pengguna boleh menambah nilai kad tanpa dikenakan sebarang caj.
Sebanyak 500 lokasi ini akan dipaparkan di dalam aplikasi Waze. Sejak 5 November yang lalu ramai pengguna Touch n’ Go merungut kerana tol milik PLUS tidak lagi menawarkan perkhidmatan tambah nilai pada lorong keluar. Dengan ini masalah kesukaran mencari tempat menambah nilai dapat diselesaikan.