Cari @ Amanz

Sistem operasi Android TV diumumkan pada tahun 2014 dan peranti pertama yang menggunakannya ialah Nexus Player. Setiap tahun kemas kini diberikan bagi membawakan fungsi baharu yang diminta oleh pengguna. Hari ini kemas kini Android TV 10 akhirnya diberikan, tiga bulan selepas Android 10 mula diberikan kepada telefon pintar. Tahun lalu Android TV 9 diberikan pada bulan Ogos serentak dengan Adroid 9 Pie.

Android TV membawakan tampalan sekuriti terkini kepada peranti dan juga menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Selari dengan kemas kini Android TV 10, Google turut melancarkan ADT-3 khusus untuk pembangun aplikasi. ADT-3 ialah kotak TV yang dilengkapi cip empat teras A53, memori sebesar 2GB dan sokongan resolusi skrin sehingga 4K 60FPS HDR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd