Cari @ Amanz

Harga Jualan Oppo A5 (2020) Dengan Bateri 5000mAh Dikemaskini – Kini Berharga RM799

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mengemaskini harga jualan untuk salah satu telefon pintar mereka dengan spesifikasi asas-pertengahan, iaitu Oppo A5 (2020). Peranti yang dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas dengan harga RM899 kini telah mula ditawarkan pada harga RM799.

Oppo A5 2020

Oppo A5 (2020) hadir dengan skrin 6.5-inci HD, dijana cip Snapdragon 655, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan empat kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri sebesar 5000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Oppo A5 (2020) ini pada harga RM799, atau model variasi 3GB RAM pada harga RM699.


Komen ()