Vivo V17 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Disember

Vivo V17 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Disember

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .
Dengar

Peranti Vivo V17 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober lalu. Tetapi pada 17 Disember ini tiba giliran Vivo V17 pula dilancarkan. Walaupun menggunakan nama yang hampir sama, rekaan V17 adalah berbeza dengan kamera yang diletakkan di dalam bonjol berbentuk segi empat tepat dan tanpa kamera pop naik.

Vivo V17Vivo V17 hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 675, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB UFS 2.1. Terdapat empat kamera belakang, dengan kombinasi sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (potrait) + 2MP (makro). Selain itu, ia menyertakan kamera 32-megapixel untuk rakaman swafoto. Kamera swafoto diletakkan di dalam lubang pada bahagian skrin.

Spesifikasi skrin, pemproses, RAM, storan dan kamera adalah sama dengan V17 Pro. Vivo V17 hadir dengan bateri yang lebih besar berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan 18W. Telefon pintar ini menjalankan Android 9.0 Pie dengan antaramuka FunTouch OS, selain mana turut menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Vivo V17 Pro ditawarkan pada harga RM1699 sebelum ini maka bolehlah diramalkan harga jualan V17 mungkin akan lebih murah kerana tidak dilengkapi sistem kamera pop naik.


TIPS & ULASAN