Samsung Galaxy A71 Kini Rasmi – Kamera Utama 64MP Dan Android 10

Samsung Galaxy A71 Kini Rasmi – Kamera Utama 64MP Dan Android 10

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

Rekaan Samsung Galaxy A71 tertiris beberapa minggu yang lalu dan menjadi satu lagi peranti dengan bonjol kamera berbentuk empat segi tepat. Hari ini Samsung Galaxy A51 telah dilancarkan dan pada acara yang sama Galaxy A71 turut diumumkan di Vietnam secara rasmi dan mengesahkan rekaan yang tertiris tersebut,

Samsung Galaxy A71 dilengkapi skrin 6.7″ FHD+ SAMOLED, dijana cip Snapdragon 730, memori sehingga 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 64+12+5+5 MP, kamera swafot0 32 MP dan bateri sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 10 dengan pelancar One UI 2.0.

Kamera utama dilengkapi sensor yang mengesan kedalaman dan juga sensor khas untuk fotografi makro. Sensor sekunder 12MP dipadankan dengan lensa sudut ultra-lebar. Kamera swafoto pula diletakkan di dalam lubang pada skrin seperti yang dilihat pada Note 10. Seperti Note 10 juga, A71 dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin dari jenis optikal.

Tarikh dan harga jualan masih belum diumumkan tetapi ia akan ditawarkan dalam warna Prism Crush Black, Prism Crush Silver, Prism Crush Blue dan Prism Crush Pink.



TIPS & ULASAN