Cari @ Amanz

Semalam kami melaporkan sebanyak 1 juta unit Samsung Galaxy Fold telah berjaya dijual. Ini adalah mengikut kenyataan yang diberikan oleh Sohn Young-kwo, presiden Samsung Electronics dalam temuramah bersama Techcrunch. Pihak Samsung kini mengatakan terdapat kesilapan oleh pihak Sohn dan sebaliknya 1 juta unit ialah sasaran jualan Galaxy Fold oleh Samsung.

Sasaran jualan ini adalah lebih tinggi berbanding sasaran awal kerana pada Oktober lalu Samsung mengesahkan 500.000 unit Fold telah berjaya dijual. Walaupun jualan peranti ini ditangguh kerana masalah melibatkan skrin boleh-lipat. sambutan dari pengguna adalah di luar jangkaan. Di China Galaxy Fold yang dijual di bawah nama kesemua Galaxy W20 5G habis dijual beberapa saat selepas tempahan dibuka.

Pada tahun 2020, Samsung menyasarkan jualan 6 juta peranti skrin boleh lipat dengan Fold generasi kedua dijangka dilancarkan pada bulan Februari serentak dengan Galaxy S11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd