Samsung Galaxy S11 dipercayai akan dilancarkan pada 18 Februari 2020. Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi serta imej pengolokan berdasarkan pelan CAD peranti ini telah tertiris. Tetapi hari ini gambar pengolokan rasmi panel belakang Galaxy S11+ akhirnya tertiris menerusi akaun Ice Universe.
Menurut ciapan peniris terkemuka ini, tiga kamera yang dapat dilihat di dalam gambar ini ialah lensa sudut ultra-lebar, lensa utama dan akhir sekali lensa zoom periskop. Galaxy S11 berkemungkinan besar dilengkapi sensor 108-Megapixel yang diharap dapat memberikan kemampuan fotografi terbaik pada telefon pintar.
Akhir sekali dapat dilihat butang kuasa dan suara pada sisi kanan seperti imej yang tertiris sebelum ini. Apa yang masih belum dapat dilihat ialah dua lagi sensor untuk sensor TOF dan flash. Jadi apakah pendapat anda tentang rekaan ini? Menarik ataupun trend bonggol kamera berbentuk empat segi tidak seharusnya diteruskan?