Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilengkapi Bateri Sebesar 5000 mAh

Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilengkapi Bateri Sebesar 5000 mAh

Diterbitkan pada Dis 16, 2019 oleh .

Hari ini rekaan panel belakang Samsung Galaxy S11+ telah tertiris menunjukkan penggunaan sistem periskop untuk tahap pemfokusan optikal yang tinggi. Sebuah lagi ura-ura mengena kapasiti bateri yang bakal digunakan juga mula didengari hari ini dan ia pasti menggembirakan peminat peranti yang mampu bertahan lama.

Menurut laporan The Elec, Samsung Galaxy S11e akan dilengkapi bateri sebesar 3730 mAh, S11 dilengkapi bateri sebesar 4500 mAh dan S11+ pula bateri sebesar 5000 mAh. Ketiga-tiga kapasiti bateri ini adalah lebih besar berbanding bateri sebesar 3100 mAh (S10e), 3400 (S10) dan 4100 mAh (S10+) tahun ini.

Bateri yang berkapasiti lebih tinggi disertakan kerana penggunaan skrin 120Hz dan sokongan 5G yang boleh mengurangkan ketahanan bateri. Menurut laporan yang sama, bagi memenuhi keperluan bateri Samsung akan memesan bateri yang dihasilkan oleh pesaing mereka LG Chem.

Bateri yang dikeluarkan oleh LG adalah lebih nipis sekaligus membolehkan ia boleh menambah kapasiti simpanan caj tanpa saiz menjadi terlalu besar Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan hanya terjawab dengan pelancaran S11 tahun hadapan.



TIPS & ULASAN