Fon Kepala Sony WH-1000XM4 Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Fon Kepala Sony WH-1000XM4 Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Bagi peminat fon kepala nirwayar, Sony WH-1000XM3 ialah pilihan terbaik kerana menawarkan pelbagai fungsi premium pada harga yang tidak terlalu melampau. Jika anda menaiki pesawat dengan kerap,  WH-1000XM3 akan kerap dilihat dipakai kerana kemampuan pembatalan hingarnya yang amat memuaskan. Selepas lebih setahun, model kemas kini WH-1000XM4 kini sedia untuk dilancarkan.

Model terbaru ini baru sahaja memasuki senarai pengesahan FCC di Amerika Syarikat. Apabila ini berlaku ia menandakan pelancarannya semakin hampir. Pelbagai petanda ini akan berlaku kerana harga jualan WH-1000XM3 turun mendadak ke bawah RM1000 di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Jadi kepada peminat aksesori audio Sony, nantikan sahaja kemunculan WH-1000XM4 di Malaysia kelak.



TIPS & ULASAN