Vivo X30 Dan X30 Pro Dilancarkan Dengan Cip Exynos 980 Dan Zum Sehingga 60X

Vivo X30 Dan X30 Pro Dilancarkan Dengan Cip Exynos 980 Dan Zum Sehingga 60X

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Vivo X30 dan X30 Pro telah dilancarkan di China dengan sokongan rangkaian 5G serta lubang kamera yang paling kecil pernah digunakan pada sebuah peranti pintar. Kedua-dua model dilengkapi skrin  6.44-inci FHD+ Super AMOLED dengan pengimbas cap jari dalam skrin, dijana cip Exynos 980, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4350 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W FlashCharge.

Perbezaan terletak pada spesifikasi kamera utama. Vivo X30 Pro dilengkapi kamera 64+13+32+8 Megapixel. Sensor 13-Megapixel dilengkapi mekanisme periskop yang membolehkan zum hibrid 5X dan zum digital sehingga 60X. Sensor 8-Megapixel pula digunakan dengan lensa sudut ultra-lebar. Vivo X30 pula mempunyai spesifikasi kamera yang sama cuma tiada mekanisme periskop dan kemampuan zum digital 20X sahaja.

Kamera hadapan kedua-dua peranti adalah sebesar 32-Megapixel yang diletakkan di bawah lubang kamera sebesar 2.98mm. Ini adalah 60% lebih kecil berbanding saiz lubang kamera peranti lain di pasaran.

Di China Vivo X30 dijual pada harga bermula RMB 3298 (~RM 1952) manakala Vivo X30 Pro pula dijual pada harga bermula RMB 3998 (~RM2367).



TIPS & ULASAN