Cari @ Amanz

Tahun 2019 semakin hampir ke penghujung dan takhta peranti dengan kemampuan kamera terbaik kini jatuh ke tangan Huawei Mate 30 Pro 5G. Pihak DXOMark memberikan peranti ini 123 markah, dua markah lebih tinggi berbanding peranti terbaik sebelum ini iaitu Mate 30 Pro.

Menurut pihak DXOMark, walaupun spesifikasi kamera kedua-dua peranti adalah sama, penambahbaikan telah dilakukan di tahap perisian. Gambar kini mempunyai imbangan warna dan keperincian yang lebih baik. Kemampuan kamera sahaja diberikan 134 markah.manakala kemampuan video pula ialah 102 markah. Kedua-duanya dua markah lebih tinggi berbanding Mate 30 Pro. Pujian diberikan ke video yang boleh diambil dengan stabil, pemfokusan yang pantas dan hingar yang minima. Dengan ini tiga daripada sepuluh telefon pintar dengan kemampuan kamera terbaik di pasaran dikeluarkan oleh Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd