Cari @ Amanz

Lama Flickr suatu ketika dahulu menjadi perkhidmatan storan gambar awanan popular di dunia terutamanya di kalangan jurugambar. Sebanyak 1TB storan diberikan secara percuma tetapi selepas diambil alih oleh SmugMug, Flickr kini mula mengalami masalah kewangan.

Ketua pegawai eksekutif SmugMug, Don MacAskill mula menghantar surat kepada pengguna menyatakan Flickr memerlukan lebih banyak pelanggan berbayar untuk terus beroperasi. Sejak diambil alih, mereka masih terus mencatatkan kerugian.

SmugMug kini menawarkan tawaran langganan Flickr Pro pada harga $44.88 (~RM186) setahun berbanding $59.88 (~RM 248) setahun sebelum ini. Jika anda pengguna Flickr dan mahu ia terus beroperasi, tawaran langganan ini boleh ditebus menerusi pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd