Carian
Huawei Masih Menyasarkan Pengeluaran 230 Juta Peranti Pada Tahun 2019
December 23, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu menurut angka yang dilaporkan oleh IDC, Huawei berjaya mengeluarkan 206 juta peranti. Ini meletakkannya sebagai syarikat ketiga dengan pengeluaran tertinggi di belakang Samsung dan Apple. Sungguhpun tahun ini mereka mengalami pelbagai cabaran, Richard Yu yang merupakan ketua pegawai eksekutif perniagaan pengguna Huawei masih menyasarkan pengeluaran 230 juta peranti.

230 juta ialah angka pengeluaran yang lebih tinggi berbanding 208.8 juta yang dicatatkan oleh Apple pada tahun 2018 tetapi lebih rendah berbanding sasaran asal 270 juta unit. Sasaran ini adalah agak tinggi kerana mereka melepasi pengeluar 200 juta peranti pada 23 Oktober yang lalu. Sebelum ini pengasas Huawei, Ren Zhengfei berkata mereka mungkin tidak akan mampu memintas Samsung sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia kerana sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat tetapi masih percaya ia boleh dilakukan tanpa bantuan Google.

Komen