Aplikasi Retro Razr Kini Boleh Dimuat Turun, Mod Klasik Dari Peranti Motorola Razr 2019

Aplikasi Retro Razr Kini Boleh Dimuat Turun, Mod Klasik Dari Peranti Motorola Razr 2019

Diterbitkan pada Dis 25, 2019 oleh .

Pada bulan November lalu, Motorola Razr telah dilancarkan kembali dengan versi moden. Ia adalah peranti pintar boleh lipat dalam bentuk clamshell, yang mengekalkan rekaan ikonik Motorola Razr yang klasik. Disebabkan permintaan yang tinggi, penjualan peranti ini terpaksa ditangguhkan. Apa yang menarik dengan peranti ini adalah, ia turut hadir dengan aplikasi Retro Razr. Aplikasi ini akan mengembalikan antaramuka klasik seperti peranti Razr yang asal.

Kini, pengguna sudah boleh memuat turun fail .APK rasmi Retro Razr dan  beberapa fail Motorola Razr 2019 yang lain untuk digunakan pada peranti sedia ada. Dengan aplikasi Retro Razr, mana-mana peranti Android boleh diubah menjadi mod klasik dengan antaramuka asal Razr suatu ketika dahulu. Fail-fail lain adalah aplikasi latar belakang hidup, animasi boot, aplikasi latar belakang biasa dan juga fail audio sistem. Kesemua fail ini diperoleh dari firmware asal peranti Motorola Razr dan dimuat naik di forum XDA.

Atas percubaan kami, mod Retro Razr berfungsi dengan baik. Namun aplikasi latar belakang hanya peranti dengan pelancar seperti Pixel sahaja boleh digunakan. Untuk animasi boot dan fail audio, peranti perlu diroot atau audio tadi boleh disimpan secara manual. Bagi yang berminat tekan sahaja pautan rujukan di bawah dan muat turun untuk peranti Android anda.


TIPS & ULASAN