Cip MediaTek Dimensity 800 Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019

Cip MediaTek Dimensity 800 Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2019

Diterbitkan pada Dis 26, 2019 oleh .

Cip MediaTek Dimensity 800 disahkan kewujudannya oleh pihak MediaTek di dalam sebuah acara khas semalam. Dimensity 800 akan menjadi cip yang menyasarkan penggunaan pada peranti kelas pertengahan dan pertengahan tinggi lengkap dengan sokongan 5G. Menurut MediaTek, Dimensity 800 akan dilancarkan pada suku pertama 2020 dengan peranti pertama menggunakannya menjelang suku kedua 2020.

Tahun ini MediaTek telah melancarkan Dimensity 1000 sebagai cip mercu mampu milik bagi menandingi  Kirin 990 dan Snapdragon 865. Spesifikasi Dimensity 800 masih lagi belum diketahui tetapi kami merasakan ia akan setanding dengan Snapdragon 765 yang baru dilancarkan Qualcomm pada awal bulan ini.

Imej mereka sedikit pulih tahun ini dengan kemampuan cip MediaTek G90T yang agak baik seperti yang ditemui pada Redmi Note 8 Pro. Adakah anda sudah bersedia untuk menggunakan peranti dengan cip MediaTek pada tahun hadapan?



TIPS & ULASAN