Cari @ Amanz

Tahun ini LG G8X ThinQ dilancarkan dengan aksesori skrin sekunder yang unik. Ia menawarkan pengalaman skrin berganda yang berlainan dengan yang ditawarkan oleh Samsung dan Huawei. Selepas ini mungkin LG akan melancarkan sebuah lagi peranti berfikir di luar kotak kerana menggunakan aksesori kerangka pelindung skrin dengan skrin tambahan boleh-lipat terbina pada bahagian dalam.

Rekaan ini telah dipatenkan oleh mereka menerusi laman WIPO pada bulan Jun tahun ini. Aksesori ini disambung ke bahagian sisi sebuah telefon pintar dan melindungi skrin seperti kerangka dengan panel yang boleh diselak. Perbezaan terletak pada bahagian dalam yang dilengkapi sebuah skrin besar yang boleh dilipat. Seperti biasa kewujudan paten tidak semestinya akan menyebabkan peranti ini akan dihasilkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd