Carian
iPhone-iPhone 2020 Akan Menggunakan Panel OLED Dari BOE
December 31, 2019 Fahim Zahar

Pada bulan Ogos lepas, telah kami laporkan yang Apple mula menguji skrin keluaran BOE untuk digunakan pada iPhone mereka. Terkini terdapat laporan yang melaporkan iPhone-iPhone pada tahun 2020 akan mula menggunakan panel OLED dari BOE.

Menurut RPRNA, Samsung akan masih kekal menjadi pembekal panel skrin OLED untuk Apple. Namun pada tahun lepas, tempahan yang dilakukan oleh Apple sudah berkurangan. Jadi BOE akan membekal lebih banyak panel OLED dari Samsung dan LG. BOE dianggarkan akan mengeluarkan lebih 45 juta panel OLED untuk tahun 2021 dan pada tahun 2020 Apple akan mula menggunakan panel-panel skrin daripada mereka. Bagi yang tidak tahu, BOE sudah pun mula membekal panel skrin untuk Apple. Contoh skrin-skrin dari BOE yang digunakan oleh Apple adalah panel LCD pada iPad dan MacBook. Selain BOE, Apple juga dilaporkan akan turut menempah panel skrin dari LG.

Sekarang, BOE adalah pembekal skrin utama untuk Huawei. BOE juga sudah ada banyak pengalaman dengan menghasilkan panel skrin. Sebelum ini mereka pakar dengan panel untuk televisyen. Malah, pada bulan lepas BOE dilaporkan sudah mula menghasilkan panel microLED – iaitu panel yang dikatakan adalah lebih baik dari OLED dalam kuantiti yang banyak. Lebih butiran hanya akan diketahui bermula tahun hadapan.

Komen