Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu kami melaporkan Samsung akan melancarkan televsiyen Zero Bezel TV yang dari namanya tidak mempunyai sebarang bezel. Hari ini imej pengolokan bagi tujuan pengiklanannya telah tertiris menerusi laman 4KFilme.

Televisyen ini mungkin menyokong resolusi 8K dan jelas hanya mempunyai bezel pada bahagian bawah skrin. Mungkin teknik melipat skrin ke belakang seperti yang digunakan pada skrin iPhone X digunakan bagi mendapatkan rekaan bezel yang amat nipis ini. Misteri mengenai Zero Bezel TV akan terungkai apabila ia dilancarkan di acara CES beberapa minggu sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd