Carian
Sudah Masuk Januari 2020, Masih Banyak Peranti Pixel Belum Menerima Kemaskini Disember
January 2, 2020 Fahim Zahar

Peranti Google Pixel terkenal kerana ia memberikan pengalaman penggunaan Android asli yang sebenar. Selain itu, ia juga mempunyai prestasi kamera yang mengagumkan walaupun mempunyai lensa yang terhad. Google Pixel turut terkenal dengan pemberian kemaskini yang amat pantas dan menerima versi Android yang terkini lebih awal dari peranti Android lain.

Sayang sekali, Google dilihat semakin mengecewakan dan gagal memenuhi permintaan ramai pengguna. Sudah Januari tahun 2020, percaya atau tidak yang masih ada peranti Pixel belum menerima kemaskini Disember lagi. Kemaskini Disember adalah kemaskini “Feature Drop” serba baharu, yang memberikan banyak fungsi dan ciri baharu dalam satu kemaskini. Banyak pengguna Pixel 3XL melaporkan yang mereka masih tidak menerima kemaskini ini lagi. Bukan itu sahaja, ada juga pengguna Pixel 4 yang sehingga hari ini masih tidak dapat menerima kemaskini ini. Sedangkan peranti Android 10 lain seperti OnePlus 7T Pro, kesemuanya sudah pun menerima kemaskini Disember. Apa jadi dengan Google?

Tiada solusi yang boleh dilakukan pengguna, selain membuat kemaskini secara manual. Yang mana kemaskini seperti ini adalah leceh. Oleh yang demikian, Google telah bercadang untuk menggabungkan kemaskini Disember 2019 dan Januari 2020 dalam satu fail kemaskini sahaja. Jadi, mereka yang tidak menerima lagi kemaskini Disember akan menerima kemaskini gabungan dua bulan secara terus.

Komen