Fon Kepala Klipsch Menjanjikan Masa Penggunaan Sehingga 30 Jam

Fon Kepala Klipsch Menjanjikan Masa Penggunaan Sehingga 30 Jam

Diterbitkan pada Jan 3, 2020 oleh .

Fon kepala nirwayar menjadi pilihan pengguna terutamanya jika ia menyokong pembatalan hingar aktif. Sempena CES, Klipsch telah melancarkan fon kepala nirwayar Over-Ear Active Noise Cancelling. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi berterusan sehingga 30 jam. Tahap pembatalan hingar sehingga 40 dB mampu dilakukan oleh fon telinga ini.

Ini meletakkannya setanding dengan fon telinga Sony WH-1000XM3 yang turut mempunyai kemampuan yang setanding, Fon telinga Klipsh ini boleh dicas semula menggunakan port USB-C terus dari tempat simpanan khas yang disertakan. Codec yang disokong pula ialah SBC, aptX HD dan AAC tetapi nampaknya tiada sokongan LDAC.

Sebuah butang khas untuk menyeru pembantu maya dan juga sistem transparensi yang membolehkan bunyi dari luar didengari disertakan. Harga jualan Klipsch Over-Ear Actve Noise Cancelling ialah $399 (~RM1636) sepasang,



TIPS & ULASAN