Cari @ Amanz

Misteri mengenai pelancaran Samsung Galaxy S10 Lite dan Note 10 Lite akhirnya terjawab selepas kedua-duanya dilancarkan sebentar tadi. Kita mulakan terlebih dahulu dengan spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite yang dilengkapi skrin 6.7″ SAMOLED FHD+, dijana cip Snapragon 855, memori 6/8 GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+12+5 MP. kamera swafoto 32MP dan bateri sebesar 4500 mAh.

Sistem kamera yang digunakan menggabungkan sensor sudut lebar, ultra sudut lebar dan makro. Turut diperkenalkan ialah sistem kamera Super Steady OIS yang menawarkan rakaman video dan gambar yang stabil.

Seterusnya ialah Samsung Galaxy Note 10 Lite yang dilengkapi skrin 6.7″ SAMOLED FHD+, dijana cip Exynos 9810, memori 6/8 GB RAM, storan 128GB, kamera utama 12+12+12 MP. kamera swafoto 32MP dan bateri sebesar 4500 mAh.

Sistem kamera yang digunakan menggabungkan sensor sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto. Tiada sokongan sistem kamera Super Steady OIS pada peranti ini tetapi sebuah S Pen yang sama seperti Note 10 disertakan. Harus diingatkan Exynos 9810 ialah pemproses yang sama seperti yang digunakan pada S9 dan Note 9 sebelum ini.

Samsung masih belum mengumumkan tarikh, harga dan pasaran mana kedua-dua peranti akan ditawarkan. Tetapi agak jarang melihat Samsung melancarkan peranti sebelum CES dengan dua spesifikasi yang amat berbeza.

Ralat – Dalam laporan asal kami mengatakan Note 10 Lite dijana cip Exynos 8895 tetapi ini adalah tidak tepat. Artikel telah disunting dengan maklumat yang lebih tepat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd