Oppo Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Kamera Pop Sisi
Artikel Berkaitan

Oppo Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Kamera Pop Sisi

Diterbitkan pada Jan 4, 2020 oleh .

Tahun ini Oppo memperkenalkan sistem kamera pop naik sayap jerung pada peranti Reno. Dari pengalaman peribadi, sirip jerung ini berfungsi lebih pantas jika dibandingkan dengan mekanisme pop naik biasa. Inovasi kamera swafoto mereka kini dalam bentuk pop sisi pula menerusi paten yang telah difailkan oleh mereka di China,

Apabila diperlukan, kamera swafoto akan terkeluar dari sisi kanan peranti. Saiznya masih lagi kecil dan turut kelihatan sistem lampu LED terbina. Rekaan radikal ini  pastinya memberikan kelainan kerana masih belum ditawarkan pada mana-mana peranti di pasaran. Selain Oppo, ZTE telah memperlihatkan peranti konsep Axon V pada Mac tahun lalu dengan kamera sisi yang dikeluarkan dengan melungsurkan keseluruhan tubuh peranti.

Penggunaan kamera pop naik, sirip dan lungsur adalah antara cara untuk meningkatkan peratusan permukaan skrin hadapan. Menarik sekali Oppo telahpun menunjukkan prototaip peranti dengan kamera bawah skrin bulan lalu yang membuatkan mekanisme pop naik tidak lagi diperlukan,



TIPS & ULASAN