Semalam, Google menghentikan sokongan integrasi Mi Home dengan Google Assistant secara sementara kerana isu privasi yang timbul. Isu ini adalah rakaman kamera pintar Xiaomi pengguna lain tersebar pada Google Nest Hub pengguna lain. Isu sebenar adalah tidak pasti, sehinggalah hari ini melalui kenyayaan yang Xiaomi keluarkan.
Menurut Xiaomi, punca rakaman kamera pintar pengguna lain yang tersebar ini adalah kerana sambungan Internet yang lemah. Pengguna yang terlibat adalah mereka yang menggunakan kamera Mi Home Security Camera Basic 1080p. Tambahan Xiaomi lagi, hanya 1044 pengguna sahaja mempunyai integrasi ini dan mereka dengan Internet lemah sahaja terjejas.
Xiaomi telah pun bekerjasama dengan Google untuk atasi isu ini. Sehingga punca masalah benar-benar ditemui dan sudah dibaiki, baru integrasi Mi Home dan Google Assistant dikembalikan.