Carian
Samsung Galaxy Note 10 & Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini Januari 2020 – Lebih Pantas Dari Pixel
January 4, 2020 Fahim Zahar

Hujung tahun lepas, Samsung telah mencipta sejarah dengan mengedarkan kemaskini OneUI 2.0 berasaskan Android 10 untuk peranti-peranti Galaxy S10 dan Note 10. Pengedaran kemaskini ini adalah lebih pantas jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Terkini menurut Sammobile, Samsung mula mengedarkan kemaskini tampalan sekuriti Januari 2020 untuk barisan peranti Galaxy Note 10 dan Galaxy S10. Untuk Note 10, versi firmware yang diedarkan adalah N970FXXS1BSLD dan bermula di Jerman. Manakala untuk S10, versi firmware adalah G97*FXXS3BSL4 yang mula diedarkan di Switzerland.

Apa yang mengejutkan di sini adalah, edaran kemaskini ini adalah lebih pantas dari peranti-peranti Google Pixel. Malah, Google Pixel yang terkenal dengan kemaskini pantas sehingga hari ini peranti seperti Pixel 3XL kemaskini Disember 2019 pun belum lagi diedarkan. Tahniah Samsung, kerana berjaya mengedarkan kemaskini dengan amat pantas.

Sumber: [1], [2]

Komen