Samsung Melancarkan Televisyen QLED 8K Dengan Nisbah Skrin Ke Tubuh 99%

Samsung Melancarkan Televisyen QLED 8K Dengan Nisbah Skrin Ke Tubuh 99%

Diterbitkan pada Jan 6, 2020 oleh .

Ura-ura pelancarkan televisyen hampir sifar bezel Samsung tersebar minggu lalu. Pagi ini televisyen pintar Samsung Q950TS QLED 8K TV akhirnya dilancarkan ketika acara CES 2020. Dengan bezel setebal 2.3mm yang amat nipis, televisyen ini mempunyai nisbah skrin ke tubuh mencecah 99%, Ini menurut Samsung memberikan pengalaman seperti ia hampir tiada bezel ketika digunakan.

Kesemua ini dicapai dengan TV mempunyai ketebalan maksimum hanya 15mm. Tambah menarik ialah televisyen dengan sistem operasi Tizen ini adalah yang pertama ditawarkan dengan audio surround 5.1. Dengan ciri OTS+, audio akan dapat mengikuti pergerakan objek yang dipapar pada skrin. Sistem AI ScaleNet memastikan video dari perkhidmatan penstriman akan terpapar tajam pada skrin 8K.

Terdapat sokongan memancarkan kandungan telefon pintar pada skrin apabila diperlukan dan juga Digital Butler yang membantu pengguna mengawal pelbagai peranti berhubung di rumah. Tiada maklumat mengenai harga pada waktu ini tetapi biasanya produk di CES akan mula dijual sekitar Mac.



TIPS & ULASAN