Dell Concept Duet – Komputer Windows 10 Dengan Dwi-Skrin

Dell Concept Duet – Komputer Windows 10 Dengan Dwi-Skrin

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Dell telah pun memperlihatkan beberapa kemaskini komputer riba baru pada penghujung minggu lepas, dan menariknya, kini pada acara CES 2020, mereka turut memperlihatkan kejutan dengan mempertontonkan beberapa lagi peranti konsep.

Dell Concept Duet

Salah satunya adalah Dell Concept Duet, yang mana hadir dengan sokongan dwi-skrin bersama dengannya. Ia menggunakan dua skrin bersaiz 13.4-inci, dan menjalankan sistem operasi Windows 10.

Dell memperlihatkan pengguna untuk lebih menggunakan input berasaskan pena dan stylus padanya, sekaligus menjadikan penggunaan Concept Duet ini lebih sebagai sebuah buku.

Buat masa ini, Dell Concept Duet ini adalah sekadar peranti konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dikomersialkan atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN