Adakah anda sudah bersedia untuk menaiki teksi terbang? Di CES hari ini Hyundai telah memperlihatkan rekaan teksi terbang mereka seperti yang dijanjikan pada Disember tahun lalu. Ini ialah rekaan teksi terbang yang akan digunakan oleh Uber untuk penerbangan jarak pendek di dalam bandar.
https://www.youtube.com/watch?v=WO9wWpV_rMQ
Hyundai S-A1 mempunyai rekaan yang menarik kerana dilengkapi lapan pasang kipas untuk penerbangan menegak dan empat pasang kipas lima bilah yang boleh menyendeng untuk penerbangan mendapat. Di dalam penerbangan mendatar, hanya empat pasang kipas ini akan berkuasa dan S-A1 akan terbang seperti kapal terbang konvensional. Bagi mengurangkan pencemaran teksi terbang ini akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya manakala motor elektrik yang kecil mengurangkan pencemaran bunyi.
Setiap S-A1 mampu membawa empat penumpang dengan bantuan juruterbang pada awalnya sebelum diberikan kemampuan swaterbang sepenuhnya. Ia turut mampu terbang pada kelajuan maksimum 290 km/j dan pada ketinggian maksimum 600 meter. Setiap satunya akan terbang dari hab penerbangan udara Uber yang dijangka beroperasi seawal 2023.