Royole FlexPai ialah telefon pintar boleh-lipat yang pertama diperlihatkan kepada umum pada tahun 2018. Sungguhpun begitu ia kurang mendapat sambutan kerana tidak dijual secara besar-besaran. Di CES Royole kembali dengan produk baharu Royole Mirage Speaker yang dilengkapi skrin 8″ AMOLED yang melengkung pada keseluruhan tubuh.
Speaker pintar ini hanya menyokong pembantu maya Amazon Alexa sahaja pada waktu ini. Dengan skrin sesentuh pada bahagian sisi, pengguna boleh menonton video, memaparkan pelbagai grafik dan mengawalnya dengan lebih mudah. Sebuah kamera 5MP turut disertakan bersama dengan dua mikrofon yang mengesan arahan suara.
Terdapat tiga pembesar suara yang memberikan pengalaman audio 360 darjah bersama dengan sebuah bass yang menembak ke lantai. Jualan akan bermula pada suku kedua 2020 pada harga $899 (~RM3681) sebuah.