Realme X50 5G Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 120Hz Dan Snapdragon 765G

Realme X50 5G Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 120Hz Dan Snapdragon 765G

Diterbitkan pada Jan 7, 2020 oleh .

Realme X50 5G telah dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Seperti yang telah diuar-uarkan sejak beberapa minggu yang lalu, peranti ini dilengkapi oleh pemproses Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G.

Dari segi spesifikasi, Realme X50 5G dilengkapi skrin LCD 6.57″ HD penuh dengan kadar segar semula 120Hz. Oleh kerana masih menggunakan skrin LCD, pengimbas cap jari telah diletakkan pada sisi kanan peranti. Pemproses Snapdragon 765G dipadankan dengan memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4200 mAh. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan sistem 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Kamera utama menggabungkan sensor 64+8+12+2 Megapixel. Lensa yang digunakan adalah sudut lebar, ultra sudut lebar, telefoto dan makro. Kemampuan zum hibrid sehingga 20X boleh dilakukan. Kamera hadapan pula ialah 16+8 Megapixel yang menyokong lensa ultra sudut lebar. Peranti ini turut mampu melakukan rakaman video 4K 30FPS.

Sistem operasi yang digunakan adalah Android 10 dengan pelancar realme UI. Di China Realme X50 5G dijual pada harga di antara RMB 2499-2999 (~RM 1475-1800).


TIPS & ULASAN