Realme adalah jenama telefon pintar yang bermula di India. Ia kini menjadi semakin popular, kerana ada banyak peranti yang dilancarkan dan kesemuanya berada dalam kategori mampu milik. Lihat sahaja peranti Realme X2 Pro, ia adalah pembunuh peranti mercu yang paling dahsyat pada tahun ini. Terkini, mereka sudah bersedia menyertai arena 5G melalui Realme X50.
Peranti Realme X50 sudah disahkan akan dijana dengan cip Snapdragon 765G yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini. Ia juga disahkan akan menyokong rangkaian 5G SA & NSA serta menggunakan rekaan skrin berlubang berbentuk bujur. Realme akan melancarkan peranti ini pada 7 Januari tidak lama lagi di China. Harga peranti ini mungkin akan mencecah RM2K, jadi Realme turut akan tawarkan Realme X50 Youth Edition yang mana turut menyokong rangkaian 5G – tetapi menggunakan cip dari MediaTek MT6885.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi tidak lama lagi.