Cari @ Amanz

Pembantu maya Google Assistant diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai ganti kepada Google Now. Ia lebih pintar mendengar arahan suara yang diberikan serta memberikan jawapan yang lebih tepat berbanding sebelumnya. Selepas hampir empat tahun, Google kini mengumumkan Assistant mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif bulanan.

Penggunaan bukan terhad pada telefon pintar tetapi juga pada speaker, skrin, kereta dan banyak lagi. Dengan jumlah pengguna yang tinggi ini, Google mengumumkan dua ciri baru yang boleh diakses pada skrin paparan pintar sepertiĀ Nest Hub. Pertama sekali ialah meninggalkan nota pada skrin. Dengan arahan suara, nota maya boleh dipaparkan pada skrin sepanjang masa. Ini boleh digunakan bagi mengingatkan barangan runcit yang ingin dibeli misalnya.

Kedua ialah menampal nombor telefon individu penting pada skrin utama paparan pintar. Dengan ini panggilan telefon lebih pantas boleh dilakukan dengan memilih nombor pada skrin. Kedua-dua fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna paparan pintar Google tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd