Amazfit T-Rex Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Yang Mampu Bertahan Sehingga 66 Hari

Amazfit T-Rex Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Yang Mampu Bertahan Sehingga 66 Hari

Diterbitkan pada Jan 9, 2020 oleh .

Terdapat puluhan model jam tangan pintar di pasaran sekarang tetapi hanya sebilangan kecil melepasi piawaian tahan lasak ketenteraan seperti yang ditawarkan oleh Casio Pro Trek. Di CES semalam, Amazfit T-Rex telah diumumkan ia melepasi piawaian MIL-STD 810G yang memberikannya kemampuan tahan lasak seperti seekor dinosaur.

Jam tangan ini dilengkapi skrin 1.3″ AMOLED berbentuk bulat dengan kaca Gorilla 3. Terdapat sensor mengesan nadi optikal, geomagnetik. tekanan, accelerometer, GPS dan cahaya. Tubuh  T-Rex pula diperbuat daripada bahan bergetah yang menjadikannya tahan hentakan, suhu di antara -40 hingga 70 darah celcius dan kalis air sehingga 50 meter,

Bateri 390 mAh yang digunakan memberikan tempoh penggunaan bateri sehingga 66 hari dalam mod biasa, 20 hari dalam mod pintar dan 20 jam dalam mod GPS sepanjang masa. Amazfit T-Rex ditawarkan pada harga $140 (~RM573) seutas dalam warna Black, Ash, Camouflage, Green, dan Khakhi,


TIPS & ULASAN