Cari @ Amanz

Di acara CES 2020, OnePlus telah memperlihatkan OnePlus Concept One. Ia adalah peranti konsep pertama OnePlus dengan teknologi yang boleh menyembunyikan kamera. Kini di China, OnePlus telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan acara khusus untuk teknologi skrin mereka pada 13 Januari kelak.

Acara ini adalah “OnePlus 2020 Screen Technology Communication Meeting”. OnePlus walau bagaimanapun tidak mengacah atau memberi petunjuk apa yang bakal mereka umumkan. Tetapi berkemungkinan besar, OnePlus akan menjelaskan dengan lebih mengenai teknologi skrin yang mereka gunakan. Ya, panel AMOLED yang OnePlus gunakan adalah dari Samsung. Tetapi segala pengoptimasian, perisian atau perkara yang menjadikan skrin OnePlus hebat adalah 100% dari OnePlus sendiri.

Jika tahun lepas OnePlus telah memperlihatkan teknologi skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi 90Hz, mungkin acara ini mereka akan memperlihatkan teknologi 120Hz. Atau juga, mungkin mereka boleh jelaskan bagaimana skrin teknologi mereka berfungsi. Ini kerena, Google Pixel 4 juga menggunakan skrin AMOLED 90Hz. Tetapi skrin pada Pixel 4 hanya boleh gunakan 90Hz jika kecerahan adalah atas 45%, manakala yang 4 XL juga tidak konsisten. Sedang pada OnePlus 7T, 7T Pro dan 7 Pro mempunyai kadar segar semula tinggi tidak kira apa jua peratusan kecerahan yang ditetapkan.

Apa-apa pun, minggu hadapan kita akan ketahui lebih lanjut. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd