Samsung Galaxy Fold adalah peranti Samsung paling mahal setakat ini. Di Malaysia, ia dijual dengan tanda harga mencecah RM8388. Walaupun ia dijual pada harga yang mahal, Samsung berjaya menjual sekitar 400,000 hingga 500,000 unit. Kutipan jualan juga mencapai sehingga $1 Bilion.
Pesaing Samsung untuk peranti dengan skrin boleh lipat ini adalah Huawei, melalui Huawei Mate X. Namun, Huawei dilihat tidak dapat menewaskan Samsung dalam jualan peranti Mate X kerana jualannya hanya terhad di China sahaja. Peranti Huawei ini dijual dengan harga yang lebih mahal dari Fold, iaitu sekitar RM9,956. Akan tetapi, Huawei dikatakan berjaya menjual Mate X sebanyak 100,000 unit sebulan sejak bulan November tahun lepas dengan kutipan jualan yang mencecah sekitar $500 juta.
Tahun ini, kedua-dua syarikat besar ini akan melancarkan peranti boleh lipat baharu – Galaxy Fold 2 (mungkin juga Bloom) dan Mate Xs. Kita akan ketahui informasi lanjut mengenai dua peranti ini tidak lama lagi.