MediaTek melancarkan sebuah lagi cip kelas pertengahan yang menyasarkan penggemar permua pagi ini. MediaTek Helio G70 ialah versi lebih mampu milik berbanding Helio G90 dan G90T yang dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu. Berdasarkan spesifikasi, Helio G70 dan G70T bersaing secara terus dengan cip Snapdragon 710.
MediaTek Helio G70 hadir dengan cip Cortex ARM-A75 2 GHz dua teras dan cip Cortex ARM-A55 1.7 GHz enam teras. Ia turut dilengkapi sokongan grafik cip GPUMali-G52 MC2
Turut disokong ialah memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, sokongan resolusi skrin sehingga 2520×10280 pixel. sokongan kamera 48MP atau dwi-kamera 16+16 MP. Cip ini walau bagaimanapun hanya menyokong rangkaian 4G sahaja lengkap dengan WiFi 5 dan Bluetooth 5.0.