Realme Berkongsi Maklumat Mengenai Realme UI Dan Tarikh Kemaskini Akan Diberikan

Realme Berkongsi Maklumat Mengenai Realme UI Dan Tarikh Kemaskini Akan Diberikan

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Realme X50 5G  ialah peranti pertama keluaran mereka dengan pelancar baharu realme UI yang berasaskan Android 10. Dengan Realme UI, Realme semakin hampir menjadi jenama tersendiri setelah selama ini menggunakan pelancar ColorOS yang dibangunkan oleh Oppo. Terkini pihak Realme telah berkongsi maklumat mengenai fungsi menari realme UI dan bilakah ia akan diberikan kepada peranti yang sudahpun di pasaran.

Antara yang diberikan ialah kustomasi ikon, imej latar belakang beranimasi, sokongan tambatan dua fon telinga nirwayar serentak, Smart Sidebar, peningkatan privasi, screen-off display dan banyak lagi.

Pada bulan ini Realme Pro dan XT akan menerima realme Ui diikuti oleh Realme X dan 5 Pro pada bulan Februari. Kemas kini ke sistem operasi Android 10 ini akan berterusan sehingga suku ketiga 2020 menerusi Realme C2.



TIPS & ULASAN