Peranti Nubia Red Magic Yang Seterusnya Akan Menggunakan Skrin 144Hz

Peranti Nubia Red Magic Yang Seterusnya Akan Menggunakan Skrin 144Hz

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Setakat ini peranti yang menggunakan skrin kadar segar semula paling tinggi adalah Asus ROG Phone. Asus menggunakan panel OLED dengan sokongan 120Hz. Kebanyakan peranti lain pula, hanya terhad dengan 90Hz sahaja. Namun tahun ini akan berubah kerana lebih banyak syarikat akan mula menggunakan 120Hz. Semalam, OnePlus telah mengesahkan yang peranti mereka akan datang akan menggunakan skrin 120Hz. Peranti Samsung Galaxy S20 juga dikhabarkan akan menggunakan panel yang mungkin sama.

Tetapi, Nubia telah bergerak maju satu langkah lagi ke hadapan. Peranti gaming mereka yang akan datang iaitu Red Magic, akan menggunakan skrin dengan kadar segar semula 144Hz. Dalam tetapan sistem pada peranti, terdapat pilihan untuk kesemua kadar segar semula – 60Hz, 90Hz, 120Hz dan 14Hz. Bukan itu sahaja, peranti ini turut akan mempunyai sokongan 5G yang mana Nubia dakwa adalah peranti gaming pertama yang menyokong 5G. Sudah pasti, ia akan dijana dengan cip paling berkuasa setakat ini – Snapdragon 865.

Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi Nubia kelak. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN