Carian
Sokongan Rasmi Untuk Windows 7 Ditamatkan Microsoft Hari Ini
January 14, 2020 Effi Saharudin

Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi yang paling popular pernah dihasilkan walaupun dilancarkan pada tahun 2009. Berita buruk bagi mereka yang masih menggunakan Windows 7 ialah ialah sokongan rasmi sistem operasi ini akan ditamatkan bermula hari ini 14 Januari 2020.

Pengguna Windows 7 tidak lagi akan menerima bantuan teknikal, kemas kini perisian dan kemas kini sekuriti semasa – sekaligus membuatkan pengguna mungkin terdedah kepada pelbagai serangan sekuriti. Sejak setahun lalu, Microsoft menggalakkan pengguna untuk menaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10, sekaligus memastikan komputer anda terus selamat dan terlindung daripada pelbagai ancaman.

Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang tegar menggunakan PC Windows 7? Kami masih mempunyai satu PC Windows 7 kerana ia digunakan untuk memainkan permainan video klasik yang tidak boleh dijalankan pada Windows 10. Selamat tinggal Windows 7.

Komen