Cari @ Amanz

Tahun lepas, kami telah melaporkan yang Samsung mungkin akan melancarkan Samsung Galaxy Buds+ dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Ini adalah bagi bersaing dengan Sony WF-1000XM3 dan Apple AiPods Pro. Rekaan juga telah tertiris yang memperlihatkan rekaan yang sama sahaja dan tiada perubahan drastik kecuali daru bahagian dalaman.

Terkini, SamMobile telah melaporkan yang Samsung Galaxy Buds+ tidak akan menyokong pun pembatalan hingar aktif. Tetapi apa perubahan yang Samsung akan lakukan adalah dari segi kualiti audio, yang dikatakan adalah lebih baik, bateri setiap fon telinga sebesar 85mAh dengan ketahanan sehingga 12 jam dalam satu pengecasan. Kemudian, Galaxy Buds+ juga akan menyertakan empat mikrofon – tetapi bukan untuk pembatalan hingar aktif. Mungkin pengasingan bunyi atau panggilan telefon yang lebih jelas?

Samsung Galaxy Buds+ akan dilancarkan bersama-sama dengan Samsung Galaxu S20 di acara Unpacked tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd