Samsung Galaxy Buds+ Mungkin Menyokong Sistem Pembatalan Hingar

Samsung Galaxy Buds+ Mungkin Menyokong Sistem Pembatalan Hingar

Diterbitkan pada Dis 4, 2019 oleh .

Dengan Sony WF-1000XM3 dan Apple AiPods Pro, penggunaan sistem pembatalan hingar pada fon dalam-telinga mula menjadi popular di kalangan pengguna. Selepas ini tiba Samsung juga akan turut mengikuti langkah mereka dengan pengenalan Galaxy Buds+.

Samsung Galaxy BudsIni adalah menurut ciapan @evleaks hari ini. Menurut beliau Samsung Galaxy Bud+ akan dilancarkan bersama dengan Galaxy S11 kelak dan adalah kemas kini kepada Galaxy Buds yang dilancarkan awal tahun ini. Di dalam ulasan Galaxy Buds, kami memuji kualiti audio yang ditawarkan tetapi sedikit kecewa dengan ketahanan bateri yang ditawarkan.

Fon telinga nirwayar semakin popular di kalangan pengguna kerana tiada lagi masalah wayar berselirat dan pupusnya bicu audio pada peranti-peranti mercu di pasaran.


TIPS & ULASAN