Sebuah Lagi Imej Pengolokan Huawei P40 Tertiris

Sebuah Lagi Imej Pengolokan Huawei P40 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Huawei P40 dan P40 Pro akan dilacancarkan sekitar bulan Mac 2020. Sebelum ini kami hanya melaporkan imej pengolokan berdasarkan pelan CAD yang telah tertiris. Hari ini imej pengolokan rasmi untuk Huawei P40 akhirnya tertiris menerusi laman 91Mobiles.

Sekilas pandang ia mempunyai persamaan dengan rekaan Samsung Gaalxy S10 Lite (dan S20) lengkap dengan bonjol kamera belakang yang agak besar. Pada bahagian hadapan pula terdapat lubang kamera berbentuk bujur seperti yang ditemui pada S10 dan Realme X50 5G. Saiz lubang yang besar ini adalah kerana peranti bakal dilengkapi dwi-kamera hadapan.

Sisi kanan terdapat kedua-dua butang kuasa dan suara. Port pengecasan USB-C dan kekisi audio juga dapat dilihat pada bahagian bawah peranti. Apakah pendapat anda mengenai rekaan P40? Cukup menarik untuk tahun 2020?



TIPS & ULASAN