Cari @ Amanz

MWC Barcelona ialah acara di mana banyak pengeluar akan mengumumkan peranti terkini mereka. Antara pengeluar yang telah mengesahkan kehadiran mereka di MWC Barcelona ialah Sony dan mereka akan melancarkan peranti Xperia terkini pada 24 Februari.

Terdapat ura-ura Sony Xperia 5 akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Dua model mungkin dilancarkan dengan satu adalah peranti mercu dan sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang dijana cip Snapdragon 765. Peranti ini akan mengekalkan rekaan skrin memanjang 21:9, dilengkapi sistem tri-kamera, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas. Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum tarikh pelancaran ini dan misteri mengenai spesifikasi penuh akan terjawab dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd