Cari @ Amanz

Grab pada penghujun 2019 yang lepas telah memperkenalkan sebuah kad fizikal hasil kerjasama dengan pihak Mastercard di Singapura. Melaluinya, ia membolehkan pengguna memautkan akaun GrabPay ke sebuah kad fizikal – dan menggunakannya di kedai-kedai dan transaksi lain seperti penggunaan kad kredit atau debit biasa.

GrabPay Card

Lanjutan daripada pengenalan di Singapura, kini pihak Grab Malaysia turut berkongsi mengatakan mereka sedang melihat untuk memperkenalkan GrabPay Card untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan kad fizikal ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini dalam bulan-bulan akan datang, apatah lagi dengan arena transaksi nirtunai yang semakin menjadi fokus pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd