Rekaan Huawei P40 Pro Pula Tertiris – Dilengkapi Tujuh Kamera

Rekaan Huawei P40 Pro Pula Tertiris – Dilengkapi Tujuh Kamera

Diterbitkan pada Jan 17, 2020 oleh .

Semalam imej pengolokan rasmi Huawei P40 tertiris ke arena web. Hari ini tiba giliran Huawei P40 Pro pula tertiris menerusi akaun @evleaks menunjukkan perbezaan rekaan di antara kedua-dua model peranti ini. Untuk tahun 2020, Huawei merasakan telefon pintar yang mementingkan kemampuan fotografi ini perlu dilengkapi tujuh kamera kesemuanya seperti mitos Mutiara Naga.

Lima kamera utama pada bahagian belakang diletakkan di dalam bonjol berbentuk segi empat tepat dan dua lagi kamera swafoto diletakkan dalam lubang kamera berbentuk bujur. Ini membuatkan P40 Pro kelihatan seperti gabungan Galaxy S10 pada bahagian hadapan dan Galaxy S20 pada bahagian belakang.

Turut dapat dilihat ialah mekanisme periskop pada salah satu lensa kamera. Terdapat ura-ura kemampuan zum pada P40 Pro akan lebih tinggi berbanding P30 Pro tahun lalu. Masih tiada bicu audio disertakan dan sekali lagi pembesar suara fizikal hanya pada bahagian bawah. Huawei P40 akan dilancarkan pada bulan Mac kelak.



TIPS & ULASAN