Cari @ Amanz

Nyamuk Yang Tahan Semua Jenis Virus Denggi Berjaya Dibiak

Link Copied!

Di Malaysia terdapat hampir 73,000 kes yang penyakit demam denggi yang menyebabkan 83 kematian pada separuh tahun pertama 2019. Ini adalah peningkatan 89.5% berbanding tempoh yang sama 2018. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi membasmi penyakit berbahaya ini. Di Australia nyamuk yang tahan semua jenis virus denggi berjaya dibiak di dalam makmal.

Dengan menggunakan teknik kejuruteraan genetik, penyelidik dari Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO), berjaya menghasilkan nyamuk dari spesis Aedes aegypti yang tahan kepada keempat-empat jenis virus denggi. Ini adalah kejayaan pertama seumpamanya kerana sebelum ini nyamuk yang dihasilkan di makmal tahan kepada beberapa jenis virus sahaja.

Ini adalah kejayaan kedua CSIRO selepas sebelum ini membiak nyamuk tahan virus Zika bagi menghalang penyebaran penyakit ini dua tahun lalu.  Dengan kejayaan ini, CSIRO kini menumpukan perhatian untuk menghasilkan nyamuk yang turut tahan virus demam kuning dan chikungunya pula kerana serangga ini adalah vektor utama dalam penyebaran penyakit-penyakit ini.


Komen ()