Realme 3 Pro Mula Menerima Kemaskini Realme UI – Antaramuka Sistem Operasi Tersendiri Realme

Realme 3 Pro Mula Menerima Kemaskini Realme UI – Antaramuka Sistem Operasi Tersendiri Realme

Diterbitkan pada Jan 18, 2020 oleh .

Realme walaupun sudah menggelar diri mereka sebagai syarikat tersendiri dan bukan lagi di bawah Oppo, peranti mereka masih lagi menjalankan sistem operasi Color OS. Color OS adalah sistem operasi dari Oppo yang dibina berasaskan Android.

Realme baru sahaja kongsi maklumat mengenai Realme UI beberapa hari lepas. Kini Realme mula mengedarkan kemaskini ini kepada peranti-peranti mereka. Peranti pertama yang menerima kemaskini ini adalah Realme 3 Pro. Realme UI ini dibina berasaskan Android 10 dan menawarkan kustomasi ikon, imej latar belakang beranimasi, sokongan tambatan dua fon telinga nirwayar serentak, Smart Sidebar, peningkatan privasi, screen-off display dan banyak lagi.

Versi kemaskini ini adalah RMX1851EX_11_C.01 dan ia sudah pun mula diedarkan. Bagi yang berminat, semak di tetapan sistem untuk muat turun secara OTA dan memasangnya, Dengan Realme UI, ini adalah langkah tahun baru Realme untuk buktikan yang mereka benar-benar adalah syarikat yang berdiri di atas kaki sendiri.



TIPS & ULASAN