Realme 2, 3, 3i & C1 Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Januari 2020

Realme 2, 3, 3i & C1 Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Januari 2020

Diterbitkan pada Jan 19, 2020 oleh .

Sebentar tadi, telah kami laporkan yang Realme 3 Pro mula menerima kemaskini Realme UI. Ia adalah kemaskini sistem operasi tersendiri Realme berasaskan Android 10 dan bukan lagi menggunakan sistem operasi Oppo, Color OS.

Selain Realme 3 Pro, Realme 2, 3, 3i dan C1 juga menerima kemaskini terbaru. Tetapi ia bukannya kemaskini Realme UI, sebaliknya adalah kemaskini tampalan sekuriti Januari 2020. Kemaskini ini masih lagi berasaskan Color OS 6 dan Android 9.0 Pie. Dalam kemaskini ini, ia hadir dengan beberapa pembaikan masalah dan pengoptimasian sistem. Selain itu beberapa fungsi baru turut diberikan dan berbeza untuk setiap peranti.

Untuk muat turun, semak OTA anda kerana ia hadir secara berperingkat bermula dengan negara India. Jika tidak, muat turun fail kemaskini di bawah dan kemaskini secara manual.

Muat Turun Fail Kemaskini Realme 2

Muat Turun Fail Kemaskini Realme C1

Muat Turun Fail Kemaskini Realme 3i

Muat Turun Fail Kemaskini Realme 3 



TIPS & ULASAN