Aplikasi WhatsApp Sudah Dimuat Turun Sebanyak 5 Bilion Kali

Aplikasi WhatsApp Sudah Dimuat Turun Sebanyak 5 Bilion Kali

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang popular. Populariti WhatsApp menjadi-menjadi sehinggakan banyak fungsi dari Telegram diintegrasikan pada WhatsApp. Tidak dinafikan yang WhatsApp bukannya aplikasi yang sempurna, banyak sahaja masalah. Semalam, pelbagai fail media tidak boleh dihantar.

Walaupun begitu, WhatsApp masih menjadi aplikasi yang diminati ramai diseluruh dunia. Aplikasi WhatsApp kini sudah dimuat turun sebanyak 5 Bilion kali di Google Play Store. Itu baru sahaja di Play Store, bagaimana pula mereka yang muat turun APK dari lokasi lain? Pada ambang tahun baru ini sahaja, sebanyak 100 bilion mesej telah dihantar.

Adakah anda salah seorang pengguna WhatsApp, atau setia dengan Telegram?



TIPS & ULASAN